Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Melayu Sunut yang ditubuhkan pada Tahun 1925 di Kampung Sunut. Bangunannya bertiangkan batang pinang, berdinding buluh dan berlantaikan tanah. Bilangan murid ketika itu seramai 34 orang dan Guru Besar ketika itu ialah Yang Mulia Raja Abdullah.Selepas perang Dunia Kedua, dalam tahun 1945 Sekolah ini berpindah ke tapak baru yang terletak di Dewan Orang Ramai Kampung Batu Melintang. Bangunannya masih berdindingkan buluh dan berlantaikan tanah.
